Saturday, 10 May 2014

Tidak Sama Anak Lelaki dan Anak Perempuan

Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), – dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itudan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”. Surah Ali Imran: 36

Perbezaan anak lelaki dan perempuan telah ditegaskan di dalam Al Quran. Maka, kita seharusnya sedar betapa pentingnya mengetahui perbezaan mereka. Dengan mengetahui perbezaan ini, kita tidak akan menganiaya anak dengan cara didikan yang salah.

Keluhan ibubapa dan guru tentang anak lelaki yang lambat belajar dan masih tidak boleh membaca selain anak lelaki seringkali dilabelkan sebagai anak yang nakal kerana sukar duduk diam dan beri perhatian di dalam kelas bukan satu perkara yang baru.

Sikap meletakkan label, memberi gelaran seperti nakal, buas, degil , dan sebagainya hanya akan memburukkan lagi keadaan. Anak akan rasa tertekan dan akhir tidak minat ke sekolah.Ibu bapa seharusnya kenal dan faham Perbezaan Antara Anak Lelaki dan Perempuan supaya mereka lebih mudah belajar dan berjaya.

No comments:

Post a Comment