Perkongsian blog adalah untuk membantu ibu bapa dan guru-guru yang suka menambah ilmu, pendekatan dan teknik dan mencuba sesuatu yang menarik dan berkesan untuk menjadikan waktu belajar seronok dan bermakna. Bahan mengajar yang terbaik dan berkesan juga akan dikongsikan disini agar ibubapa dan guru-guru mudah mendapatkan bahan pengajaran yang terbaik untuk anak-anak.
Thursday, 30 October 2014
Kreatif Bahasa
PERMAINAN KREATIF BAHASA BERSAMA TEACHER MONA
Kemahiran pertama dan utama dalam
bahasa yang perlu kanak-kanak kuasai adalah kemahiran mendengar. Kemahiran ini
membantu kanak-kanak mengecam bunyi, nama-nama benda dan kosa kata baru yang
akan dipelajari.
Jom cuba permainan kreatif bahasa
ini!
Permainan : Bunyi
apa yang hilang?
Kelebihan
permainan 1. Kanak-kanak boleh mengecam bunyi yang
dipelajari.
2. Kanak boleh meneka bunyi yang ditentukan.
3. Kanak-kanak boleh mengecam bunyi awalan
perkataan
BBM : Objek-objek yang ditentukan, dulang,kain hitam/ beg kain.
Pelaksanaan :
- Letakkan objek-objek yang ditentukan di dalam dulang
- Jika anda mahu memperkenalkan objek yang bermula dengan bunyi /b/, letakkan objek seperti buku, bola, bentuk bulat, belon,bakul dan baju.
- Izinkan kanak-kanak melihat objek-objek tersebut dalam masa 2 minit sambil menyebut nama-nama objek tersebut berulang-ulang.
- Tutup dulang tersebut dengan kain hitam/ masukkan objek ke dalam beg kain dan sembunyikan salah satu objek dan minta kanak-kanak teka objek apa yang hilang?
- Jika kanak-kanak boleh menekanya, minta kanak-kanak meneka bunyi awalan objek tersebut.
Nota: Anda boleh mulakan permainan dengan meletakkan 3 hingga 4 objek dalam satu masa. Apabila kanak-kanak telah mula menguasai permainan, anda boleh menambah objek.Sebelum memulakan permainan, pastikan kanak-kanak telah membelajari bunyi awalan yang dipelajari.
![]() |
Contoh Permainan 'Apa yang hilang?' |
Subscribe to:
Posts (Atom)